Inilah 10 Fakta Unik Negara Jepang yang Tidak Kamu Ketahui

1. Jepang merupakan antara negara paling tua di Asia dengan monarkinya berusia sekurang-kurangnya untuk 660 SM, kira-kira sekitar zaman budaya Melayu tertua yaitu Kedah Tua yang berusia 600 SM. Hari ulang tahun berdirinya kemaharajaan Jepang dikenali sebagai Hari Ulang Tahun Negara pada tanggal 11 Februari. Untuk rekor, kerajaan Jepang merupakan dinasti paling panjang dan bersambungan dalam dunia dan tidak terputus untuk sekurang-kurangnya 2000 tahun!

2. Ekonomi negara Jepang merupakan yang ketiga terbesar di dunia, di belakang USA dan China menjadikan Jepang raksasa di dalam bidang ekonomi. Untuk rekor, ekonomi Malaysia merupakan yang ke-35 terbesar di dunia, Indonesia yang ke-10 besar dunia.

3. Jepang merupakan sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 6800 buah pulau dengan 70 persen daripada bentuk muka buminya terdiri daripada pegunungan. Walaupun sedemikian, Jepang mencatatkan populasi sehingga 127 juta orang. Bahkan negara ini mencatatkan kedatangan imigran yang agak rendah dengan hanya 3 persen sahaja populasi Jepang terdiri daripada para immigran dan selebihnya ialah etnik Jepang. Kota Tokyo sahaja mencatatkan populasi setinggi 13 Juta, kira-kira hampir separuh Malaysia hari ini.

4. Kadar baca huruf di Jepang hampir mencatatkan 100 persen manakala sampai saat ini, Jepang sudah melahirkan lebih kurang 18 orang pemenang hadiah nobel memberian kita gambaran betapa tingginya tahap pendidikan di negara Jepang.

5. Terdapat empat sistem penulisan di negara Jepang iaitu sistem romanji, katakana, hiragana dan kanji manakala satu-satunya bahasa asing yang diajarkan dan dimandatorikan di Jepun ialah Bahasa Inggeris.

6. Gunung paling tinggi di negara Jepang ialah Gunung Fuji yang juga merupakan sebuah gunung berapi yang aktif. Dalam masa yang sama, pendaki gunung Everest yang paling tua ialah dari Jepang iaitu Yuichiro Miura. Untuk rekor, beliau berusia 70 tahun ketika tiba di puncak tertinggi di dunia dan berusia 75 tahun ketika membuat pendakian yang kedua.

7. Samurai dan Ninja adalah dua pahlawan yang menjadi lambang yang mengingatkan orang pada negara Jepang seperti mana watak Hang Tuah yang sangat sinonim dengan bangsa Melayu. Film dan anime yang dihasilkan tentang dua figur hebat dalam sejarah Jepang banyak dihasilkan dan salah satu daripadanya iaitu The Hidden Fotress yang berkisarkan tentang Samurai yang dihasilkan pada tahun 1958 telah menjadi inspirasi untuk penghasilan filem Star Wars oleh George Lucas.

8. Kadar bunuh diri di Jepang mencatatkan negara ini di tangga yang ke-17 paling tinggi. Namun, kadar kasus pembunuhan yang berlaku pula menunjukkan sebaliknya iaitu negara kedua paling rendah di dunia pada tahun 2012 meski negara ini terkenal dengan kewujudan sebuah organisasi gelap ala-ala mafia iaitu Yakuza. Untuk rekor, negara Malaysia menduduki di tangga ke-132 dunia daripada 191 negara untuk rekor kasus pembunuhan di dunia.

9. Jepang mencatatkan sekurang-kurangnya 1500 buah gempa bumi setiap tahun. Gempa bumi terakhir yang berskala besar yang melanda Jepang ialah 14 dan 16 April 2016 pada skala 7.0 dan 6.2 Skala Ritcher di sekitar Kumamaoto manakala Gempa Bumi terkuat yang melanda Jepang ialah pada tahun 2011 di Tohoku pada skala 9.0 skala ritcher, mencatatkan antara 5 gempa bumi yang terkuat pernah berlaku dalam sejarah dunia.

10. Statistik penghasilan animasi dari seluruh dunia, 60 persen dikatakan dihasilkan di Jepang. Sudah tentu kebanyakan animasi tersebut pastinya Anime yang menjadi budaya dari Jepang yang telah tersebar ke penjuru dunia. Apa yang menariknya tentang anime ini, dikatakan untuk memenuhi permintaan, terdapat lebih kurang 130 buah sekolah yang menumpukan melatih pelakon suara untuk seri anime yang dihasilkan oleh Jepang.




Share this

Related Posts

close