Kisah Kebangkitan Ekonomi Korea Selatan


Bila sebut sahaja mengenai sebuah negara bernama Korea Selatan, pasti pemikiran kita akan terus terdetik pada budaya K-Pop, sebuah budaya di mana sekumpulan boy-band yang menari di atas pentas, sambil menyanyi lagu rancak dan menari. Anggota boyband ini pula pastinya mempunyai wajah yang persis perempuan, jarang punya sifat kelakian, dan selalunya datang daripada pembedahan plastik dan bukannya original. Itulah sterotype dan pemikiran kita kalau bercakap mengenai Korea Selatan. Bahkan kalau ditanya pada anak gadis kita, mungkin hanya perkara itu yang menjadi pemikiran Malaysia.

Barangkali... ya barangkali dasar pandang ke timur yang diasaskan oleh mantan perdana menteri kita, iaitu Tun Mahathir Mohammad di salahgunakan. Bukan itu sebenarnya yang dimahukan oleh bekas perdana menteri kita. Bukanlah perkara buruk yang dibawakan oleh negara mereka, namun apa yang digesa oleh Tun M ialah agar memandang sisi baik yang harus dicontohi oleh negara kita. Sesungguhnya, Korea Selatan punya sebuah kisah yang harus kalian pelajari. Ya, kita semua!

Untuk pengetahuan kalian semua, Korea Selatan merupakan negara yang agak malang. Dalam sejarah mereka, kebanyakan masa mereka terpaksa menjadi hamba kepada dua kuasa besar dunia yang mengapit mereka, Jepun dan China, meski ada fasa dalam sejarah mereka, mereka pernah bangkit untuk melawan, namun sepanjang masa lebih kepada tunduk segan, mati tidak mahu.

Tetapi, siapa tahu bangsa ini bangkit menjadi harimau dalam sejarah dunia. Dan perkara seperti inilah yang perlu kita pandang, seperti mana saranan Tun M. Mari, saya perkenalkan kepada kalian sebuah fasa dalam sejarah Korea yang digelar sebagai KEAJAIBAN SUNGAI HAN, di mana fasa ekonomi Korea Selatan mencanak seperti tebing tinggi. Keajaiban yang harus digilai oleh anak gadis kita, bahkan anak lelaki kita.

Setelah berakhirnya perang Korea di tahun 1953, pendapatan per kapita hanya 67 dollar, lebih rendah dari sebelum perang dan merupakan salah satu pendapatan yang terendah di dunia. 40% struktur telah hancur, 2/3-nya dari sektor industri. Produksi pertanian 27% lebih rendah dari masa sebelum perang, sehingga kebuluran melanda bangsa Korea selepas peperangan! Park Chee-Hung adalah individu yang bertanggungjawab di sebalik kenaikan Korea Selatan menjadi kuasa besar Asia dalam bidang ekonomi.

[Dasar-Dasar Perindustrian Korea]

Antara perancangan awal Korea Selatan yang cuba bangkit daripada zaman kejatuhan mereka adalah dengan menubuhan Badan Perancangan Ekononi atau Ekonomi Planning Board (EPB) yang bertanggungjawab kepada rancangan-rancangan pembangunan ekonomi bagi setiap 5 tahun. Setiap rancangan ekonomi ini dibahagikan kepada empat tahap. Di mana pada tahap pertama dimulakan pada tahun 1962, dan ianya bertujuan untuk membangunkan semula industri mereka yang sedang ranap. Apabila industri mereka sudah kembali berdiri, maka mereka mula menciptakan keseimbangan antara pembangunan industri dan pertanian dan tahap itu merupakan tahap ketiga (1972 – 1976). Pada tahap keempat pula ialah pembangunan ekonomi yang mandiri dan keadilan dalam membahagikan hasil pembangunan.

Yang menjalankan tanggungjawab untuk melaksanakan semua perancangan-perancangan ini ialah Kementerian yang berkaitan dengan perdagangan, industri, kewangan, pengakutan, komunikasi, pertanian dan perikanan di bawah EPB. Kuasa EPB adalah tersangat besar sehingga mampu mengawal dan menguasai bank-bank komersial. EPB juga berkuasa untuk mengubah pajak, takrif, subnsidi, takrif keperluan umum, mengawal harga barang tertentu, mengawal lesen-lesen import dan pelaburan, dan sebagainya.

Ketika penjajhan Jepun mencengkam negara Korea Selatan, asas-asas untuk membangunkan ekonomi negara telah dimulakan oleh Jepun seperti infrastruktur seperti jalan raya, rel kereta api, eletrik, saluran pengairan, tenaga kerja yang terdidik dalam dalam bidang industri dan pentadbiran, dan sejumlah kilang yang mampu menyediakan suatu asas industri ringan meskipun dalam jumlah dan kekuatan yang agak terbatas. Di bawah tekanan kuat AS, pihak Jepun terpaksa menjual kilang-kilang yang pernah dibangunkan dengan harga yang murah pada para pengusaha Korea.

Pada masa pemerintahan Presiden Syngman Rhee, asas-asas yang wujud di Korea ini diekplotasi dengan baik oleh beliau apabila dasar perindustrian berdasarkan import mula bangkit. Ketika inilah para Chaebol iaitu konglomerat-konglomerat raksasa, dikuasai oleh sistem keluarga telah bangkit dan memperoleh model. Konglomerat tersebut pada hari ini boleh dikenali dengan syarikat-syarikat seperti Samsung, dan Hyundai. Namun korupsi menyebabkan Korea Selatan gagal bangkit, namun semuanya berubah di bawah pemerintahan Park Chung-Hee.

Para Chebol di bawah pemerintahan beliau diarahkan oleh Park Chung Hee untuk mewujudkan agenda pembangunan yang disusun oleh kerajaan seperti pengembangan industri manufaktur seperti elektronik, kereta, semikonduktor. Bahkan aktiviti mengkesport bahan-bahan tersebut ke luar negara turut digalakkan oleh kerajaan memandangkan pasaran Korea ketika itu agak sempit.

Perancangan Park Chung Hee ketika itu berjaya apabila eksport Korea Selatan seperti tekstil, komponen eletronilk dan bahan-bahan produk kimia berjaya dijual dengan jayanya di pasaran luar. Dasar eksport yang diperkenalkan oleh Park Chung Hee ini kelihatan begitu berjaya.

Kemudian, ketika Korea Selatan mula memasuki satu fasa peralihan dari industri ringan ke industri berat pada tahun tahun 1973, di mana kerajaan mula memberikan prioriti kepada perkembangan industri berat dan kimia seperti pembuatan kapal, kereta dan pretrol.

Maka MITI Korea Selatan ketika itu mula menyalurkan pinjaman besar demi pinjaman kepada Chaebol yang menjadi tiang ekonomi negara mereka. Pinjaman yang disalurkan pula tidak perlu dipulangkan dengan bunga. Hyundai misalnya ditugaskan oleh kerajaan untuk membangunkan sektor automotif, manakala Daewoo pula dalam bidan tekstikl mula ditugaskan dalam penhasilan mesing, pembuatan kapal dan kereta. Gerakan industri-industri besar mula digerakkan oleh Park Chung-Hee. Pohang Steel Company (POSCO) ketika itu menjadi industri baja terbesar kedua di dunia.

Apabila industri-industri Korea ini mula mencapai kejayaan, maka ketika bermulalah jurang yang amat jauh antara sektor pertanian dan juga sektor industrial yang ketinggalan sangat jauh antara satu sama lain. Maka Park Chung Hee memulakan sebuah gerakan yang bernama Gerakan Saemaul Undong atau maksudnya Gerakan Masyarakat Baru. Gerakan ini berpaksikan kepada semangat kemerdekaan (indipendence), kemandirian (self-help) untuk mewujudkan gerakan kampung baru (New Village Movement), dan kerjasama atau sifat gotong royong (Mutual Cooperation).

Gerakan ini dimulakan dengan proses pengumpulan data aset tempatan yang jarang dimanfaatkan, lalu aset ini ditransformkan kepada menjadi aset yang memperbaiki taraf hidup rakyat tempatan. Terdapat tiga tahap dalam Gerakan Saemaul Undong. Tahap pertama berkisarkan pembaikian lingkungan hidup warga kampung seperti fasiliti fizikal. Tahap kedua adalah memperbaiki infrastruktur asas dan yang terakhir adalah memperluaskan kerja pertanian dan bukan pertanian.

Gerakan ini diteruskan dengan Village Cooperative Scheme iaitu (VCS) yang bertujuan untuk memperluaskan capaian gerakan ini. Hasilnya ialah permodenan perumahan masyarakat kampung, pembangunan jalan-jalan dan saliran, pembangunan sistem kumbahan, memberikan pengetahuan ilmu sain dan teknologi, pembangunan industri desa dan perluasan pamasaran. Hasilnya, pendapatan para pertani meningkat 9.5 tahun untuk setiap tahun. Pelaburan ke kawasan kampung mengalami peningkatan sebanyak 20 peratus!

Asas-asas yang dibangunkan oleh Park Chung-Hee sehingga ekonomi Korea mencanak naik dan menjadi kuasa besar ekonomi dunia! Dan untuk pengetahuan semua, dasar yang lebih kurang sama digunakan oleh Park Chung-Hee turut diamalkan oleh Tun M apabila dasar pengindustrian Malaysia besar-besaran berlaku.

Namun keajaiban Sungai Han ini seperti terhenti selepas peristiwa krisis kewangan dan ekonomi pada tahun 1997 dahulu. Dan sehingga hari ini, Korea Selatan cuba mengembalikan zaman kegemilangan mereka ini. Namun kejayaan menjadi kuasa ke-11 ekonomi dunia dan mencapai KDNK sehingga angka trillion ialah sesuatu yang membanggakan buat Korea Selatan.

Dan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina kemudiannya dikenali sebagai Harimau Asia yang terkemudiannya kerana mengadaptasikan cara yang digunakan oleh Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong menaikkan ekonomi mereka. Tiger Club Economies adalah gelaran untuk negara ini termasuk kita.



Share this

Related Posts

close