Yuk Mengenal Dinasti yang Ada di Nusantara


Menurut Kamus Dewan edisi keempat, dinasti bermaksud jurai raja-raja pemerintah sesebuah kerajaan yang berasal daripada satu keturunan.Kebanyakan negara negara di dunia ini mempunyai sejarah di mana mereka diperintah oleh sekurang kurangnya satu dinasti diraja.Sejarah politik kebanyakan negara di Eropah didominasi oleh pelbagai dinasti diraja.

Negara Great Britain dalam sejarahnya telah diperintah oleh pelbagai dinasti diraja seperti Dinasti Tudor, Dinasti Stuart, Dinasti Hanover dan kini Dinasti Windsor. Begitu juga Russia yang pada masa itu menjadi kuasa besar yang gah di Eropah semasa pemerintahan Dinasti Romanov sehingga tercetusnya Revolusi Russia pada tahun 1917.

Sejarah beberapa negara Eropah seperti Belgium, Perancis, Austria, Sepanyol, Jerman dan Sweden juga mempunyai dinasti diraja mereka sendiri seperti Dinasti Habsburg, Dinasti Saxony, Dinasti Bourbon, Dinasti Bernadotte dan lain lain lagi.

Sejarah pemerintahan maharaja di China(Tiongkok) juga diwarnai dengan pemerintahan dinasti diraja yang agung seperti Dinasti Qin, Dinasti Han, Dinasti Jin, Dinasti Sui, Dinasti Tang,Dinasti Ming dan berakhir dengan Dinasti Qing. Begitu juga di India,Afghanistan,Pakistan,Iran,Arab Saudi,Turki dan lain lain negara di Asia.

Kebanyakan bangsa-bangsa di dunia ini semuanya mempunyai dinasti diraja mereka sendiri. Namun,pernah kita berpikir adakah rumpun Melayu yang menduduki Nusantara ini mempunyai dinasti dinasti sendiri?

Sudah tentulah ada….

Sejak berabad abad lamanya,rumpun Melayu termasuk sekali dengan orang Jawa dan Cham telah membina kerajaan-kerajaan yang masyhur di wilayah sekitar Asia Tenggara,terutama sekali di Kepulauan Melayu atau lebih masyhur dikenali dengan nama Nusantara.

Mustahil Nusantara tiada dinasti pemerintahan mereka sendiri kan?

Antara dinasti Melayu paling terkenal dalam lipatan sejarah ketamadunan Melayu pada zaman pra Islam ialah :

1. Dinasti Sailendra

Dinasti ini memegang kuat kepercayaan Buddha Mahayana dan pernah memerintah Empayar Sriwijaya pada sekitar abad ke 8. Asal usul dinasti ini masih saja diperdebatkan sehingga di masa kini .Slametmuljana dan Poerbatjaraka menyimpulkan asal usul dinasti ini asli dari Kepulauan Melayu sendiri. Ada juga sejarahwan yang menganggap dinasti ini berasal dari India manakala sejarahwan Perancis, G.Coedes menganggap dinasti ini berasal dari Funan berdasarkan maksud Sailendra itu sendiri. Sailendra membawa maksud Tuan Gunung (Lord of The Mountains).

Dinasti Sailendra pernah mengalahkan Chenla dan menguasai Kemboja sekitar tahun 790. Kepada sesiapa yang mengetahui kisah Maharaja Zabag yang diceritakan oleh seorang pedagang Arab, Abu Zayd Hassan,mesti tahu. Kisahnya bermula apabila Raja Khmer yang mahu melihat kepala Maharaja Zabag di atas pinggan makannya, akhirnya telah diserang oleh tentera maharaja Zabag hingga jatuh kerajaannya.

Kemungkinan besar Maharaja Zabag yang diceritakan ini merujuk kepada Maharaja Dharanindra, iatu maharaja Sailendra yang berjaya menguasai Sriwijaya pada masa itu. Di bawah Maharaja Dharanindra, dinasti Sailendra menyerang pantai Champa pada tahun 787 M dan seterusnya menawan Kemboja pada tahun 802. Baginda dipercayai sebagai raja yang memulakan pembinaan Borubudur sebelum cucu baginda, Maharaja Samaratungga berjaya menyiapkan salah satu monumen keagamaan terbesar di dunia. Monumen itu berbentuk piramid, mempunyai 2,672 panel ukiran dan 504 ukiran Buddha, sekaligus menjadikan ia antara candi Buddha terbesar di dunia sehingga kini, dan akhirnya diangkat sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Candi Borobodur yang merupakan salah satu dari hasil kerja agung ketamadunan pra Islam ini telah disiapkan di bawah pemerintahan Maharaja Samaratungga pada tahun 825 M. Candi ini kemudiannya dirasmikan pembinaanya oleh puterinya,Pramodhawardhani yang memerintah Jawa Timur pada tahun 833. Sementara itu,abangnya yang bernama Balaputradewa menjadi maharaja Srivijaya di Palembang.

Nama Sailendra juga terdapat di prasasti Nalanda di India, apabila Maharaja Balaputradewa mengarahkan pembinaan biara di Univerisiti Nalanda yang pada masa itu adalah antara pusat pengajian agama Buddha terkenal hingga menerima pelajar-pelajar dari China,Jepun,Kepulauan Melayu dan India. Dalam prasasti Nalanda,Balaputra digelar sebagai Raja Suwarnabhumi,nama lama bagi pulau Sumatera, dan juga digelar sebagai Ĺšailendravamsatilaka (permata wangsa Sailendra)

2. Dinasti Mauli

Selepas Srivijaya diserang oleh tentera Chola dari selatan India, penduduk tempatan Melayu telah bangkit membina semula kekuasaan baru di Selat Melaka di bawah pemerintahan Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa. Kerajaan itu dinamakan sebagai Kerajaan Malayu Dharmasraya dan berpusat di wilayah Jambi kini. Kerajaan ini berjaya mengambil peranan Srivijaya dan seterusnya menguasai jalan perdagangan maritim utama di Selat Melaka. Pada masa itu,wilayah kerajaan Malayu mencakupi wilayah sebahagian Kemboja, Chaiya di selatan Thailand, semenanjung Tanah Melayu, Sumatera hingga ke Sunda.

Penggantinya,Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa berjaya menjadikan kerajaan Malayu sebagai kuasa besar di Kepulauan Melayu dan mengemballikan peranan orang Melayu untuk menguasai Selat Melaka, sehinggalah pengiriman ekspedisi Pamalayu oleh kerajaan Singhasari di Jawa pada tahun 1286. Perkahwinan dua orang puteri Tribhuwhanaraja dengan bangsawan Jawa dari Majapahit seterusnya melahirkan raja-raja agung di Nusantara selepasnya.

3.Dinasti Rajasa

Dinasti Rajasa merupkan dinasti keluarga diraja Jawa yang menguasai sosio-politik di Pulau Jawa dari abad ke 13 hingga abad ke 15. Sejarahwan bersepakat bahawa pengasas Dinasti Rajasa ialah Ken Arok atau lebih dikenali sebagai Sri Ranggah Rajasa, yang juga merupakan pengasas kerajaan Singhasari di Jawa Timur. Perkahwinan Ken Arok dengan Ken Dedes akhirnya melahirkan zuriat yang akhirnya menjadi pemerintah kerajaan Singhasari dan Majapahit selepas itu.Zuriat-zuriatnya itu kemudiannya berkembang dan digelar sebagai wangsa Rajasa,sempena nama gelaran Ken Arok sendiri,iatu Sri Ranggah Rajasa.

Salah seorang maharaja Singhasari iatu Kertanegara yang juga ahli keluarga Dinasti Rajasa,menjadikan kerajaan Singhasari sebagai kuasa besar di Asia Tenggara pada abad ke 13,selepas menakluk kerajaan Malayu.Namun,kerajaan ini musnah akibat dilanggar tentera Mongol pada tahun 1292. Namun,tentera Mongol berjaya dihalau keluar dari Pulau Jawa oleh salah seorang ahli keluarga Rajasa iatu,Raden Wijaya yang juga merupakan anak saudara kepada Kertanegara.

Raden Wijaya meneruskan kekuasaan politik Dinasti Rajasa dengan menubuhkan kerajaan Majapahit pada tahun 1293, sebagai kesinambungan kerajaan Singhasari di Pulau Jawa. Majapahit selepas itu berjaya menjadi sebuah empayar paling masyhur di Nusantara dan bertahan kira kira 300 tahun lamanya. Majapahit mencapai zaman kegemilangannya pada era pemerintahan raja Hayam Wuruk, cucu kepada Raden Wijaya di mana baginda mempunyai seorang mahapatih (pembesar utama) yang cukup disegani dalam sejarah Indonesia sehingga kini iatu Mahapatih Gajah Mada.

Majapahit mula merosot apabila masuknya pengaruh Islam di Nusantara dan terpaksa bersaing dengan Kesultanan Melayu Melaka yang pada masa itu menguasai Selat Melaka. Kejatuhan kerajaan ini mencapai titik noktah apabila kekuasan kerajaan ini akhirnya digantikan dengan penguasaan Kesultanan Demak di bawah pimpinan Raden Patah.



Share this

Related Posts

close