DINASTI MAULI DARI KERAJAAN SRIWIJAYA


Amdan Nagara dan Bija Nagara, dua buah negarakota yang disebut dalam Sulalatus Salatin. Dalam SS versi Raja Bongsu dikatakan Raja Suran daripada Benua Keling, Nagapatnam namanya. Sebelum ini, saya pernah menyatakan pendapat tentang Nagapatnam, tanah yang dipajakkan oleh Raja Chola kepada Raja Melayu Syulamanivarman (Chudamanivarman) dan anaknya Mara Vijaya Tungga Varman.

Kemudian, setelah polisi Kerajaan China bertukar daripada perdagangan berpusat kepada perdagangan bebas. Jadi, banyak Negara kota-negara kota yang membebaskan diri daripada Sriwijaya dan membuat hubungan tersendiri dengan Negara China. Namun, 'House of Sriwijaya' tidak menyerah. Muncullah Dinasti Mauli yang menjadi penakluk agung 15 buah Negara kota-negara kota yang membebaskan diri daripada Sriwijaya, lalu muncullah Dharmasraya sebagai penerus Sriwijaya. Dharmasraya juga sering dikenali sebagai Bhumi Malayu,  yang terpahat di Patung Amoghapasa, Prasasti Jaya Himat, Gerakan Pamalayu dan kewujudan Malayupura.

Bisa jadi seperti yang telah terpahat dalam sejarah melayu versi Raja Bongsu berkenaan Raja Culan. Raja Culan kemungkinan adalah Adwaya Varman yang digelar dewa oleh Raden Wijaya, lantas dia dikawinkan dengan Dara Jingga atau Bunda Kandung (Dari Rahim wanita inilah muncul Raja-Raja Melayu seterusnya). Sewaktu Dinasti Mauli memerintah dari Grahi, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Kepulauan Riau, Kerajaan Melayu ini diserang oleh kerajaan Singhosari untuk menangkis serangan Mongol. Mungkin lebih kepada Persaudaraan Bumi Melayu dan Bumi Jawa dengan munculnya prasasti Padang Roco dan Patung Amoghapasa yang menyatakan hadiah dari bumi jawa kepada bumi melayu.

Adyawa Varman dikatakan sebagai Dewa oleh Pararaton. Namanya muncul di dalam prasasti Kuburajo, sebagai bapak kepada Adityawarman. Mungkin Raja Culan, pewaris daripada Raja Suran (Chudamani Varman) yang ditepikan oleh Kerajaan Dharmasraya lalu diambil oleh Raden Wijaya menjadi panglima perang, mungkin adalah benih Ratu Sriwijaya yang berkawin dengan Raja Kerajaan Jawa, karena dikatakan anak Raja Suran yang bernama Cendana Wasis berkawin dengan Raja Suran Fad Syah, Raja Amdan Negara. Mungkin Amdan Negara yang tertulis dalam SS adalah Kerajaan Sailendra yang berpusat di Pulau Jawa.

Kemudian, diceritakan Raja Culan mau menaklukan Negara China, tetapi tidak jadi karena kebijaksanaan Raja China menghantarkan Kapal usang yang dipenuhi dengan orang-orang tua dan pokok yang telah besar, konon perjalanan ke China mengambil waktu berpuluh-puluh tahun. Kisah sebenar, Dinasti Yuan mau menyerang Singhasari, selepas Champa berhasil dijadikan negara bawahan yang membayar upeti. Kemudian, Negara kota-negara kota melayu yang telah bebas diri dari Dharmasraya ketika itu tunduk kepada kuasa Yuan. Ini menyebabkan, Kertanegara menghantar Patih Gajah Mada, Raden Wijaya dan Adyawa Varman dan seluruh ketumbukannya ke Negarakota-negarakota melayu untuk mengumpulkan kekuatan bagi menentang Mongol.

Semasa ekspedisi Pamalayu, Jayakatwang dari Kediri berhasil memberontak dan membunuh Kertanegara. Raden Wijaya dan Gajah Mada yang pulang dari ekspedisi Pamalayu mau membalas dendam tetapi tidak mau mengambil risiko, baginda membuat kerajaan Majapahit, lalu bekerjasama dengan Mongol menghukum Jayakatwang. Kemudian, Raden Wijaya mengusir pula Mongol dari Nusantara. Dara Petak berkahwin dengan Raden Wijaya melahirkan generasi Raja-raja Majapahit dan warisannya Kesultanan Demak.

Dara Jingga pula berkahwin dengan Adyawa Varman melahirkan tiga orang putra. Mungkin melalui penceritaan, Puteri Mahtabul Bahri ialah Dara Jingga dan Raja Culan yang menaklukan kembali negarakota-negarakota melayu daripada pengaruh Mongol adalah Adyawa Varman yang dipanggil Dewa oleh Raden Wijaya. Oleh itu, mungkin Adyawa Varman itu ialah Raja Sailendra yang berpusat di Jawa Tengah, tetapi masuk dalam kerajaan Singhasari setelah kemerosotan Wangsa Sailendra. Lalu Adityawarman mewujudkan Malayupura di Siguntur, Di Sungai Batanghari dan akhirnya berpindah ke Pagarayung dan tidak puas hati dengan Majapahit, dan mau bebas daripada Majapahit.

Hipotesis daripada Sejarah Melayu, Adyawa Varman (Raja Culan) membuka Bija Nagara, yang terletak di Muara Jambi, yang dikelilingi oleh Banjaran Barisan. pengaruhnya meliputi seluruh Pulau Sumatera Timur, Barat dan Utara, mengikut wilayah dari zaman Dharmasraya yang diwariskan oleh Mertuanya, Tribhuana Mauli Dewa. Tasik yang luas itu adalah Danau Toba dengan Pulau dan banjaran yang tinggi, senantiasa nampak berkabut. Lalu, Adityawarman yang lahir dalam istana Majapahit sewaktu Dara Jingga masih di sana, menjadi Duta besar Majapahit di China, mengetuai Ekspedisi Pabali, tidak puas hati dengan Raja Majapahit, lalu mewujudkan Malayupura, berdasarkan kebangaan Datuknya, Raja Melayu Dharmasraya yang sering digelar Bhumi Malayu.

Adiknya yang berada di Jambi, telah diundang ke Palembang untuk menjadi raja di sana oleh Demang Daun Lebar dan dikawinkan dengan anak Demang Daun Lebar, Wan Sendari. Lalu baginda digelar Seri Teri Buana. Terjadilah tabrakan kuasa dengan Majapahit setelah wibawa Raja Seri Teri Buana ini lalu membuat Persekutuan baru merangkumi Bintan, Tanjungpura dan Palembang. Adityawarman d beri igelar Sang Sapurba dan menjadi Pemulai Kerajaan Minangkabau-Pagarayung setelah menang berlawan Kerbau dengan wakil Majapahit. Di Tanjungpura, adik Seri Teri Buana yang paling Bungsu iaitu Nila Tanam dirajakan di Tanjungpura dan membebaskan diri dari pengaruh Majapahit, lalu menjadi pemulai kepada kerajaan Banjar, setelah berkawin dengan Puteri Raja Kutai Kertanegara. Dara Jingga digelar Ibu Kanduang atau Ibu Kandung, mungkin sebab beliau lah ibu dari segala raja-raja melayu.



Share this

Related Posts

close