Kampanye Penaklukan Mongol ke Jepang

KAMPANYE PENAKLUKAN MONGOL KE  JEPANG

Dari Kerajaan Melayu Champa, sehinggalah ke Mamluk di Mesir, Mongol menyerang seperti belalang yang memakan tanam-tanaman yang terbentang yang dibangunkan oleh para petani. Salah satu dari pada kerajaan yang tidak terlepas dari bala amukan Monggol ialah Jepang yang ketika itu dibawah pemerintahan Maharaja Kameyama. Ada yang gagah bertahan macam Raden Wijaya pengagas Kerajaan Majapahit dengan penuh bijaksana dan cerdas. Ada juga yang pecundang awal seperti Dinasti-Dinasti China.


Semuanya berawal ketika tahun 1266, di mana pemerintah Mongol yang bernama Kublai Khan telah menghantarkan kiriman surat kepada maharaja Jepang yang bernama Kameyama, menuntut supaya Maharaja Jepang tunduk pada kekuasaan Kerajaan Mongol. Malangnya utusan Kublai Khan yang merupakan penggagas Dinasti Yuan di China kembali ke China tanpa adanya jawaban daripada Maharaja. Namun tindakan tidak langsung dilakukan oleh Kublai Khan ketika itu karena dia sedang sibuk menundukkan Dinasti di China.

Pada tahun 1272, setelah setahun menyatukan seluruh China dan menggagas Dinasti Yuan di China, barulah Kublai Khan kembali mengarahkan perhatiannya ke arah Jepang. Ianya bermula dengan mengembangkan kapal yang akan melintasi Selat Tsushima menuju terus ke Jepang. Dicatatkan bahawa Kublai Khan telah membuat sekurang-kurangnya 300 kapal besar serta 400 – 500 buah pengangkutan yang lebih kecil seperti perahu. Jumlah tentera yang mampu dibawa oleh Mongol ialah sekitar 40, 000 buah orang. Jepang pula hanya mampu membawa sekitar 10, 000 orang sahaja. Di Atas kertas, memang Jepang seperti bukan lawan yang setanding.

Angkatan Laut Monggol ini berlepas daripada Masan yang terletak di Korea Selayan hari ini, tepat pada musim Luruh pada sekitar tahun 1274. Beberapa buah pulau di Selat Tsushima dan Pulau Iki berjaya ditawan dan sekurang-kurangnya, 300 orang Jepang yang mendiami pulau itu menjadi korban amukan Mongol sebelum terus menuju ke Teluk Hakata.

Ketika gelombang pertama serangan Monggol ini, kita dapat melihat kejutan yang dialami oleh para samurai yang menganggotai pasukan tentera Jepang. Kita semua tahu tentang kode Bushido yang menjadi pegangan tentera Jepang. Budaya perang di Jepang biasanya melibatkan wakil pahlawan dari pasukan mereka akan maju ke depan, mengumumkan nama dan keturunannya, dan menantang musuh untuk pertarungan satu lawan satu. Tentera Mongol yang melihat apa yang dilakukan oleh para samurai ini merasa bingung. Mereka tidak langsung menghantar wakil pahlawan daripada pihak mereka, sebaliknya melancarkan serangan besar-besaran ke atas samurai yang tampil itu serta tentera Jepang yang lain.

Teknologi peperangan yang digunakan oleh tentera Monggol ketika itu pun sebenarnya lebih maju daripada yang dimiliki oleh Jepang. Sebagai contoh, busur panah mereka mampu memanah dua kali lebih jauh daripada busur panah yang dimiliki oleh para Samurai Jepang. Akibatnya, di penghujung pertempuran, Jepang terpaksa berundur daripada medan perang.

Namun, siapa tahu bahawa dalam hal ini, TUHAN telah mengirimkan bantuan yang setelah ini akan membantu Jepang dalam menyelamatkan tanah air mereka. Pada malam itu juga, hujan lebat sedang turun. Ketika itu, anggota tentera Mongol yang terdiri daripada orang China dan Korea coba menasihati para jeneral Mongol untuk menjauhkan diri daripada laut. Namun, mereka tidak mengindahkan nasihat daripada para penasihat ini dan kapal-kapal Mongol berlayar ke tengah lautan dan… taufan yang terkenal dalam sejarah iaitu Kamikaze mula membantai armada laut Mongol pada waktu malam.

Pada saat kapal-kapal Monggol dihancurkan oleh taufan Kamikaze, samurai-samurai Jepang telah menyelinap pada waktu malam dan telah membunuh seluruh penghuni kapal-kapal Mongol yang tinggal. Pada saat ini dikatakan bahawa pedang Jepang telah tersekat ketika mahu membelah tubuh tentera Monggol yang dibaluti oleh baju besi. Peristiwa ini telah membawa kepada terciptanya Pedang Katana yang setelah ini, sangat terkenal sehingga sampai ke Malaysia.

Kublai Khan tidak mahu duduk diam sahaja disitu, maka dirancangnya kampanye kedua untuk menakluk Jepang. Ianya pada tahun 1280 di mana Kublai Khan telah mengagas kementerian baru dalam kerajannya, dan kementerian itu berfungsi khas untuk merencanakan rancangan penaklukan Jepang. Kali ini, bala tentera yang dikirimkan untuk menaklukan Jepang jauh lebih besar daripada gelombang pertama Monggol ke atas Jepang. Khabarnya, terdapat 900 buah kapal yang terdiri dari  40, 000 orang tentara gabungan Mongol sendiri, Korea dan orang China sendiri yang bergerak dari Misan, Korea. Di selatan China pula, 3500 buah kapal dilancarkan dengan sekurang-kurangnya 100 ribu orang tentera dalam kapal tersebut.

Kapal pertama sampai ke Jepang dari Misan, Namun, tentera Jepang yang berada dibawah Keshogunan Kamakura ketika itu yang berjumlah dalam 40 000 orang telah membuat tembok tinggi sepanjang di Teluk Hakata. Ini membuatkan armada kapal Mongol itu tidak mempunyai banyak peluang untuk mendarat. Pada waktu malam pula, samurai-samurai ini akan menaiki sampan dan kapal yang lebih kecil, yang lebih gesit di  dalam pertempuran. Mereka akan menyelinap masuk ke dalam kapal-kapal Mongol dan membunuh mereka. Lagipun mereka tahu tentera Mongol yang kebanyakannya dilatih dalam pertempuran dalam ruang terbuka akan mengalami masalah kalau bertempur secara dekat dan gelap. Mereka lebih terlatih bertempur di atas kuda. Apabila hari mula pagi, samurai-samurai ini akan berundur kembali ke balik tembok yang dibuat oleh mereka. Taktik gerilla ini membuatkan bala Mongol itu tidak tertahan dan terpaksa berundur ke Selat Tsushima untuk menunggu 100 ribu dan 3500 buah kapal yang berlepas dari Selatan China. Lalu dua kapal ini bergabung untuk melanggar Jepang.

Tetapi sepertinya, Tuhan tidak merestui tindakan Kublai Khan, ketika samurai-samurai ini sedang dalam kerisauan, dua-dua kapal yang sedang dalam perjalanan untuk melanggar Jepang ini sekali lagi dihabisi oleh taufan Kamikaze. Kali ini, dicatatkan bahawa 4000 buah kapal telah karam dibantai oleh rebut taufan. Selebihnya coba mendarat di atas pantai, tetapi malangnya dibunuh dan dihancurkan oleh bala askar Samurai Jepang. Dicatatkan betapa kehancuran ketika itu, di Teluk Hakata, dikatakan hampir setiap inci pantai dipenuhi oleh tinggalan-tinggalan kapal yang karam.

Orang Jepang percaya bahawa taufan yang menyelamatkan mereka dikirimkan oleh Tuhan mereka serta taufan itu diberi nama Kamikaze yang membawa maksud “divine wind”. Kublai Khan paham akan kepercayaan dengan orang Jepang dan menganggap bahawa tanah Jepang dilindungi oleh satu kuasa yang luar biasa, maka mereka mengambil keputusan untuk tidak menyerang Jepang lagi selepas itu.



Share this

Related Posts

close